Isnin, 21 Mac 2011

Tiga maut kemalangan 2 kenderaan

GUA MUSANG - Tiga sepupu maut manakala tiga yang lain parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda di KM 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, hari ini.

Mangsa yang maut di tempat kejadian ialah pegawai Rashid Hussein Bank (RHB) di Kuala Lumpur, Hasmah Idrus, 28, dan sepupunya, Shaibah Che Danial, 34, manakala adik Hasmah, Siti Aminah, 22, meninggal dunia di Hospital Kuala Krai (HKK).

Tiga yang cedera parah ialah adik Shaibah, Syaikhah, 25, menerima rawatan awal di Hospital Gua Musang (HGM) sebelum dihantar untuk rawatan lanjut di HKK dan pasangan suami isteri yang nama mereka belum diketahui dirawat di HGM.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, ASP Zakaria Syahadan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 12.45 tengah hari semasa empat sepupu yang berasal dari Kampung Pasir Era, Kuala Krai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. - Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger