Isnin, 28 Mac 2011

Terry puji tenaga muda

pix_gal0
CARDIFF: John Terry tidak melihat lilitan kapten di lengan sebagai punca England merakamkan kemenangan ke atas Wales, kelmarin tetapi lebih kagum dengan kemunculan segenggam pemain muda yang bakal menjadi prospek besar skuad The Three Lions.

Nama seperti Michael Dawson, Ashley Young, Scott Parker dan Jack Wilshere meniti di bibir tonggak Chelsea itu.

“Mereka ini memberi sinaran kepada England. Mereka mampu mengejar tempat dalam kesebelasan pasukan dan ini petanda positif untuk pasukan. Perkembangan ini lebih penting... bukan isu saya menjadi ketua pasukan,” katanya. Dalam kelayakan Euro 2012 Kumpulan G itu gol menerusi sepakan penalti Frank Lampard dan Darren Bent memastikan England menang dan mendahului kumpulan atas perbezaan jaringan.

Terry turut memuji strategi Fabio Capello menggunakan format menye-rang 4-3-3 dan beranggapan formula ini membantu mereka menyekat Wales. - Agensi



kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger