Selasa, 29 Mac 2011

Pengkritik mula 'hentam' Capello

LONDON: Tiba-tiba 'sesi mengkritik' Fabio Capello seperti kembali panas. Segala-galanya terarah kepada keputusannya mahu merehatkan beberapa pemain tonggak apabila menentang Ghana dalam siri persahabatan antarabangsa di Wembley, hari ini.

Bayangkan pengendali England itu menyisihkan ketua pasukan yang baru diberi penghormatan semula, John Terry, Frank Lampard, Wayne Rooney serta Ashley Cole yang menjadi tonggak ketika menewaskan Wales 2-0 dalam kelayakan Euro 2012 tempoh hari.

Capello sendiri akur selepas perlawanan menentang Wales bahawa dia bercadang membuat 11 pertukaran kepada skuad The Three Lions itu yang lebih terdorong kepada aspek membuat eksperimen. Tanpa kapten, Terry dan penolong kapten, Lampard, ia harus memeningkan Capello membuat keputusan siapa bakal memakai lilitan di lengan untuk pertemuan pertama dengan Ghana. Kini, nama pemain tengah Manchester City, Gareth Barry menjadi sebutan.

Ghana hadir dengan semangat tinggi selepas menewaskan Congo 3-0 dalam kelayakan Piala Afrika dan antara pemain yang menjadi ancaman tuan rumah nanti adalah adalah penyerang Sunderland, Sulley Muntari. - Agensi


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger