Sabtu, 26 Mac 2011

Mencari harimau sejati

Rajagobal terus mencari pemain yang benar-benarlayak sarung jersi negara


JURULATIH bola sepak kebangsaan, K Rajagobal membawa anak buahnya ke Stadium Jalan Besar di Singapura bagi perlawanan persahabatan bertemu kelab Liga-S, Etoile FC dengan misi utama - mencari pemain yang benar-benar layak menyarung jersi negara.

“Menerusi perlawanan sebegini, saya akan dapat menilai sejauh mana kesungguhan seseorang pemain untuk mewakili negara. “Jika hanya pada perlawanan penting saja baru mahu bersungguh-sungguh, mereka sebenarnya belum layak untuk bergelar pemain kebangsaan,” kata Rajagobal dalam misi mempersiapkan skuad kebangsaan bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Asia 2015.
 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger