Selasa, 29 Mac 2011

'Gerak kilat'

Chong Wei harus tingkat daya kepantasan andai idam emas Sukan Olimpik 2012: Eddy Chong

ANDAI Lee Chong Wei mahu melakar kemasyhuran menjadi atlit pertama memenangi pingat emas pertama untuk negara di Sukan Olimpik 2012, jaguh perseorangan itu ditegur agar meningkatkan lagi daya kepantasan.

Pada pengamatan legenda badminton negara, Datuk Eddy Choong, juara dunia, Lin Dan tidak mempamerkan kepantasan sebenar, sebaliknya banyak menghadiahkan mata ketika dia tumbang kepada Chong Wei di final Seluruh England, baru-baru ini. “Lin Dan masih lagi memiliki pergerakan kaki dan tangan lebih pantas daripada Chong Wei. Jadi, Chong Wei perlu meningkatkan lagi kepantasan berbanding musuh itu mulai sekarang.

“Jika dia lebih pantas dan mampu mengawal kepantasan Lin Dan, peluang menang emas di London lebih cerah,” kata legenda itu yang pernah mara 12 kali ke final Seluruh England dan menjua-rainya empat kali.


Dia turut menegur Chong Wei bahawa mungkin ada barisan muda yang bakal hadir di Sukan Olimpik 2012 lebih pantas dan ia boleh memerangkap pemain nombor satu dunia dan juga Lin Dan yang kini lebih kerap disebut akan bertembung dalam final.

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger