Isnin, 28 Mac 2011

England 'serap' gaya Barcelona

WILSHERE (kanan) bersaing dengan<br />pertahanan Wales, Aaron Ramsey<br />pada saingan Euro 2012, semalam.
WILSHERE (kanan) bersaing dengan pertahanan Wales, Aaron Ramsey pada saingan Euro 2012, semalam.Capello tiru corak menyerang kelab Catalan robek Wales

CARDIFF: Jack Wilshere akur Fabio Capello mahu menjadikan Barcelona sebagai 'bahan rujukan' untuk England ketika merakam kemenangan 2-0 ke atas Wales dalam saingan kela-yakan Euro 2012, kelmarin.

Capello mahu England meniru corak permainan kelab gergasi Sepanyol itu yang sentiasa mengasak lawan, sekali gus menafikan peluang buat lawan memegang bola lama serta mengganggu rentak permainan mereka. Malah, Capello menjadikan rakaman perlawanan antara Barca dengan Arsenal sebagai rujukan. Pemain tengah Arsenal, Wilshere cukup faham dengan kualiti yang ada pada Barcelona selepas bermain pada kedua-dua perlawanan bertemu kelab Sepanyol itu dalam Liga Juara-Juara, dan dia gembira untuk cuba mengikut corak permainan mereka.

Bersama Scott Parker dan Frank Lampard, Wilshere membentuk barisan tengah berkesan untuk memecah benteng pertahanan Wales ketika mencatat kemenangan di Cardiff.

"Fabio menonton dua perlawanan itu dan memberitahu kami betapa Barcelona begitu handal menekan lawan," kata Wilshere. "Kami menonton beberapa rakaman perlawanan Barcelona dan cara mereka mengasak lawan. Seluruh skuad menonton perlawanan dengan Arsenal beberapa hari lalu".

Pada perlawanan kelmarin, Lampard membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ketujuh selepas Darrent Bent dijatuhkan dalam kotak penalti dan Bent memastikan tiga mata untuk England apabila menyambar bola lintang Ashley Young pada minit ke-15. - AFP



kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger