Ahad, 27 Mac 2011

“Earth Hour” Planetarium Negara dapat sambutan

KUALA LUMPUR - Kempen "Earth Hour" yang dijalankan di Planetarium Negara mendapat sambutan menggalakkan terutama dari kalangan generasi muda yang belum memahami apa yang dimaksudkan sebagai pencemaran cahaya.


Kebanyakan mereka yang datang ke Planetarium Negara di sini menyatakan rasa teruja untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan termasuk pencerapan matahari, lawatan ke balai cerap, tayangan filem mengenai sistem solar serta aktiviti "Earth Hour Lantern","Earth Hour Glow in the Dark" dan "Light Shield".


Ketua Pengarah Planetarium Negara, Dr. Mustafa Din Subari berkata, kempen yang diadakan oleh pihaknya bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar daripada kemusnahan akibat aktiviti harian manusia.


"Saya berharap agar masyarakat mampu menjaga bumi kerana itu adalah tanggungjawab kita semua sebagai panghuninya," katanya. - Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger