Jumaat, 25 Mac 2011

Akhbar cetak dijangka "berkubur" dalam masa 10 tahun

MELBOURNE: Akhbar bercetak dijangka berkubur dalam masa 10 tahun lagi dengan berkembangnya laporan berita dalam talian serta siaran TV, kata usahawan media, Kerry Stokes.

Jutawan berkenaan membuat ulasan berkenaan pada taklimat perniagaan di Perth semasa beliau menyatakan rancangan West Australian Newspaper Holdings Ltd untuk memperoleh Seven Media Groups pada A4.085 bilion (RM12.2 bilion), demikian menurut laporan Australian Associated Press hari ini.

Stokes adalah Pengerusi West Australian Newspaper dan Seven Group Holdings Ltd, pemilik Seven Media Group. Beliau berkata, akhbar bercetak adalah "industri yang akan berkubur".

"Bagaimana kita mengubah kepada apa yang diperlukan di masa depan, itu adalah satu cabaran, dan mahupun teknologi atau belia yang akan menunggu kita mencari apa yang lebih baik," kata Stokes yang dipetik sebagai berkata demikian.

Beliau berkata, keuntungan mudah dalam perniagaan akhbar sudah berlalu sebagaimana yang dapat dilihat dalam keputusan separuh pertama West Australian Newspaper yang turun daripada unjuran penganalisis. - BERNAMA


 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger