Khamis, 31 Mac 2011

2 wanita, seorang kanak-kanak maut nahas

KUANTAN - Dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di KM324 Jalan Raub-Lipis, pagi ini. Ketua Polis Daerah Raub, Supt. Wan Mohd Samsuddin Wan Osman berkata yang terbunuh dalam kejadian pada kira-kira pukul 5.20 pagi itu dikenali sebagai Faridah Ahmad, 54, adiknya Zuraidah Ahmad, dan cucunya Rifqi Syafiq Rizal Azlie.


Beliau berkata, ibu kepada Rifqi Syafiq, Siti Kamariah Azmi, 27, yang merupakan pemandu kereta itu, mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hopital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Bercakap kepada pemberita ketika dihubungi di sini beliau berkata kejadian berlaku semasa kereta Perodua Viva yang dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis menghala Raub itu dipercayai terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.


Wan Mohd berkata pemandu dan kelindan lori itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger